PERISTIWA Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada
kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dua peristiwa yang amat besar dan luar
biasa yang dialami oleh Rasulullah SAW dianggap sebagai satu
penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua
peristiwa itu adalah kurnia Allah kepada Baginda untuk memperlihatkan
tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
Peristiwa itu mengandungi banyak
pengajaran yang perlu dijadikan teladan oleh umat Islam bagi menimbulkan
keinsafan dalam diri mereka. Antaranya:Kuasa Allah tidak terbatas dan
Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya seperti membawa
Rasulullah SAW dari kota Makkah ke Baitulmaqdis serta dibawa menghadap
ke hadrat-Nya di Sidratil Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu
malam.Perkara itu kerana apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini
kepada masyarakat umum di Makkah, mereka mentertawakan Baginda. Hanya
Saidina Abu Bakar mempercayai kata-kata Rasulullah SAW dan beliau diberi
gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang benar.
Sebelum Rasulullah
SAW diIsrakkan, Baginda menjalani suatu ‘pembedahan’ untuk membersihkan
hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat.Ini menunjukkan
bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu
membersihkan diri dan jiwa daripada pelbagai sifat buruk serta
menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri. Dengan jiwa tenang, penuh
keimanan dan ketakwaan, kita akan beroleh kemudahan untuk bertemu dan
menghadap Allah.
Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami Rasulullah
SAW ketika Israk bersama malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh
perihal manusia di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah
Allah. Ada yang melakukan kebajikan, sementara yang lain kekal dalam
kemaksiatan.Manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka dan menerima
balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan kepada apa
dikerjakan.
Allah juga menunjukkan kepada Rasulullah SAW serta umatnya
iman dan akidah teguh adalah asas kepada sifat keIslaman sejati dan akan
diberi balasan baik oleh-Nya.Rasulullah SAW memilih susu berbanding
arak yang ditawarkan oleh Jibril.Ini jelas menunjukkan bahawa susu
adalah minuman berkhasiat. Arak pula tidak disukai Baginda dan Allah
kerana memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati
Allah.
Beberapa tempat disinggahi Rasulullah SAW untuk mengerjakan solat
seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang
terpilih dan mulia. Oleh itu, jika kita berkesempatan untuk berkunjung
ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di tempat itu.Allah Maha
Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah umat Islam
diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan
Rasulullah SAW sebagai kekasih-Nya berulang kali (sebanyak sembilan
kali), Allah mengurangkannya kepada lima kali saja sehari semalam
seperti yang kita kerjakan hari ini.
Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
adalah ayat suci al-Quran banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan
diamalkan dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana surah ini dinyatakan
dengan jelas oleh Allah kepada Rasulullah SAW ketika
mengadap-Nya.Kejadian yang berlaku perlu diperhalusi oleh umat Islam
bagi memantapkan akidah dan keimanan kita.
renung2kanlah dan selamat beramal
sharing is caring...
credit to nur ad'din
0 ulasan:
Catat Ulasan