Jumaat, 22 Julai 2011

BeRsiHKaNLaH HaTi



sekadar renungan bersama.... saling ingat mengingati sesama insan


Antara penyakit rohani yang cukup akrab menghinggapi orang Islam ialah hasad dengki, sombong, takbur, angkuh, buruk sangka, riak, bakhil, pendendam, kufur nikmat, cinta dunia, bangga diri dan sebagainya.
Sifat hasad dengki misalnya adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.

Allah sangat benci kepada orang yang ada penyakit hasad dengki dalam hatinya. Firman Allah yang bermaksud: "Mereka itu orang yang dikutuk Allah. Barang siapa yang dikutuk Allah maka tak akan engkau peroleh baginya penolong. Bahkan adalah bahagian dari kerajaan? Jika ada, mereka tiada mendatangkan kebajikan kepada manusia sedikit pun. Bahkan adalah mereka berhati hasad (iri dengki) kepada manusia, kerana Allah memberikan kurnia kepadanya? Sesungguhnya telah Kami berikan kepada keluarga Ibrahim Kitab dan hikmah dan Kami berikan kepada mereka kerajaan yang besar. Maka di antara mereka ada yang beriman kepadanya (Muhammad) dan di antara ada yang berpaling daripadanya. Cukuplah neraka jahanam yang menyala sebagai azab bagi mereka." � (Surah an-Nisa', ayat 52-55)

Rasulullah SAW juga memperingatkan dalam hadis Baginda yang bermaksud: "Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering." � (Hadis diriwayatkan Imam Abu Dawud)

Justeru, marilah kita menghindarkan diri kita dari ditimpa penyakit rohani yang bernama hasad dengki dan segera mengubatinya jika ada tanda demikian. Kikis sifat yang merugikan diri dan masyarakat Islam seluruhnya.

Bersihkan hati kita daripada sifat hasad dengki dan sifat lain yang dinyatakan. Sesungguhnya hidup akan lebih ceria, selesa dan sejahtera jika diri sihat dan rohani (hati) juga tidak berpenyakit. Kitalah yang menentukan berubah atau tidaknya diri kita.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri yang berusaha mengubah keadaannya (nasibnya)." � (Surah ar-Ra'd, ayat 11)

 

menjelang ramadhan ni sama2lah kita berfikir sejenak pernahkah kita berbuat aniaya pada org lain?

sudahkah kita memohon kemaafkan pada org yg kita aniaya itu?

berbaloikah perbuatan kita menganiaya orang?

adakah anda rasa hebat, puas dan berkuasa bila  menganiaya orang lain?

hidup bahagiakah anda dapat menganiaya orang lain?

Ya Allah ku pohon jauhkanlah hambamu ini dari sifat penyakit hati ini....


bila seseorang menganiaya orang lain atau bersalah kepada orang lain, baik
tidak sengaja, lebih-lebih bila sengaja, si penganiaya harus minta maaf
secara langsung serta terang-terangan kepada si teraniaya, bila si
teraniaya tidak rela, lebih-lebih si penganiaya sama sekali belum minta
maaf dan kemudian mati, maka si penganiaya selain mendapatkan hukuman 
yang berlipat ganda di akhirat kerana tidak mendapat hukuman di dunia, juga
mendapat hukuman tambahan di akhirat karena tidak relanya si teraniaya atas
penganiayaan yang diterima oleh si teraniaya






2 ulasan:

Ana Suzana berkata...

Betul tu.. Byk org yg mahu menjatuhkan org lain yg berjaya dr melihat diri sdiri berjaya.. Hasad dengki mmg ramai.. Mudah2an kita di lindungi dr sifat mcm tu.. Amin

aqishah berkata...

ana suzana < betulkan ana kalo org lain berjaya kita doakan saja moga2 kita juga mendapat kejayaan seperti dia kan

ini tidak bole lak dengki dan cuba nak menganiaya org utk kepuasan diri...

Catat Ulasan