Khamis, 13 Oktober 2011

SiNeTroN NaDa CiNTa





skrng ni dah jadi addict giler nak nonton sinetron indon tajuk NADA CINTA 

ia disiarkan d astro ria dari ari isnin hingga jumaat pd pukul 6.30 ptg

lps je balik rumah mmg standby kat depan tv yg penting selesai keje memasak

ngeh ngeh ngeh

ada saper2 yg layan citer ni x?.. huhuhuuhuhu

citer ni mmg sempoi habis... best sgt2.. cinta remaja la katakan...

hero pun ensem gak tuh... nama pelakon ni Randy Pangalila hihihihi

pelakon lain yg hebat sprti Luna Maya ( seksi n sensasi tu ) and  Mikha Tembayong


 



Sinopsis Nada Cinta 


Faris adalah ana orang kaya menjalinkan hubungan cinta dengan Rina (lakonan Dewi Sandra) seorang guru muzik dari sebuah keluarga yang sederhana. Hubungan cinta mereka ditentang oleh Tirta ayah Faris.  Faris dan Rina dipisahkan, Faris dipaksa berkahwin dengan Nia.Rina rupanya hamil (hubungan dengan Faris) dan melahirkan anak perempuan, yang kemudiannya diculik oleh Nia dan dihantar ke rumah anak yatim.

Selepas 17 tahun Nada ( anak perempuan Rina) yang dibuang Nia kini sudah dewasa dan menjadi remaja yang sangat cantik dan sukakan muzik. Nada menyimpan hasrat nak bertemu ibu dan bapanya yang tak pernah dia ketahui berada di mana, dia kemudian lari ke Jakarta.Di Jakarta dia telah terlibat dalam kemalangan dan nyaris dilanggar keretapi, tapi diselamatkan oleh Rina. Pertemuan itu tidak berjaya membuatkan mereka bersatu kembali. Nada membawa haluan sendiri hingga bertemu dengan 3 orang jalanan, mereka membuka warung di depan sebuah sekolah mewah tempat anak anak orang kaya. Kebetulan Rina mengajar muzik di sekolah tu.

Rina dan Nada kembali rapat dan masing masing sukakan muzik. Nada mempunyai suara yang merdu. Di sekolah tu ada Ricky (lakonan Randy Pangalila) seorang pelajar yang kacak dan menjadi tumpuan di sekolah. Ricky terpesona dengan suara merdu Nada. Rasty kekasih Ricky mulai cemburu melihat Ricky memberi tumpuan kepada Nada, Rasty cuba sedaya upaya nak menyingkirkan Nada dari sisi Ricky.


aduhai...x sabo nak nonton citer ni smpi abis lor

jom layan!!!!!!

                                                                             ^-^



0 ulasan:

Catat Ulasan